Tuesday, April 28, 2009

First Sin

Aku: "Semua orang akan tewas, jika di goda dengan betul."
(atau, dalam versi English aku yang agak terpesong dari Melayu
"Everybody cheats, given the right temptation")

Dia hairan, mengapa aku kata ini?: "Are you trying to tell me something?"

Tetapi, bukankah dari dahulu lagi; kata ini benar?

Adam & Hawa diturunkan ke bumi, kerana tewas kepada godaan.
Akibat the Forbidden Fruit.


Itu di Syurga.
Mereka tetap, tewas dengan nafsu.

Nafsu ingin tahu.
Nafsu ingin ingkar.
Itu di Syurga.

Di duniawi?
Ada macam-macam jenis Forbidden Fruit.

Yang pasti,
Jika kita sengaja cari ia,
Ia pasti, memang pasti, akan muncul di depan kita.

Kemudian datang:-
Nafsu.
Imaginasi.
Cabaran.
Rasa ingin tahu.
Or just for the HELL OF IT.

Jika dahulu Adam & Hawa di campak dari Syurga ke bumi,
Kini,
Kau dan aku; pasti di campak terus dari bumi ke neraka for eating that, Forbidden Fruit :)

Monday, April 27, 2009

The Exception





Tempat untuk jatuh cinta.

Thursday, April 23, 2009

I like your shirt

Mata aku, ada kecenderungan untuk membuat analisis tentang apa yang aku lihat.
Kesimpulan analisis yang aku dapat, selalunya berunsur positif.

Malam tadi aku bersama dengan dia, berbual.
Dia mencelah, "You're such a sweet talker."

Aku pandang dia, aku kata "Oh ye ke?"

Dia kata, "Yes."

(Mari kita kembali ke teori mata aku. )
Aku, "You, dari mata I - turun ke hati.
Dari hati, pergi ke mulut.
Maka, kata-kata I benar belaka.
Bukan salah I jika you terlalu manis untuk mata I,
maka dia hantar isyarat ke hati I,
lantas keluar kata-kata manis dari mulut I?"

Benar, kan, teori mata aku?

Monday, April 20, 2009

Salary Tracking SpreadSheet

Dia: "I just bought myself another life insurance."

Aku: "Kenapa?"

Dia: "Nanti bila I mati, you can have all my harta."

Yahoo!

Eh, behave.

Friday, April 17, 2009

Gladiator Pink Heels

Hari ini aku tiba-tiba menyedari sesuatu.
Aku terkejut.Rupa-rupanya,
I have a shopping addiction. (muka terkejut o-o)

Dia kata,"So masa bilik you sampai tahap kena extend,
kena ubahsuai supaya boleh ada
10 Doors Walk-In wardrobe,
Tak terlintas langsung ke yang you ni ada shopping addition?"

Oh.

Tak, I ubahsuai pasal I nak organize bilik.

Wednesday, April 15, 2009

First Million

3 tahun lalu, aku beli satu poster gambar wang tersusun tinggi dengan tulisan,
"My First Million."

Aku tampal dalam bilik, di ruang dinding yang akan aku lihat setiap malam sebelum aku tidur.

Aku tulis,
"I'm gonna make my First Million by 30."

Sejak 3 tahun lalu, setiap malam,
aku baring,
& Aku lihat poster itu.

Aku tenung,
Tenung hingga ia hilang erti.
I wake up each day, and live my life, exactly how I want it to be.
Tiada kerisauan.
Tiada pelan.

Hingga lah malam tadi.

Menteri Kewangan (Daddy) asked me about the status my invesment plan,
Aku takut untuk jawab.
Maka, aku hanya senyum dan terus naik ke bilik.

Buat kira-kira seorang diri.
And arrived to a conclusion.

I am at NEGATIVE 177% against my target.

Dari conclusion itu, penyelesaian yang logik adalah:-

Save 70% of what I am earning
for the next 6 months in order to close the short term gap.

Save 40% of what I earn at the current date
for the next 42 months in order to close the long term gap.

I know it's a bloody optimistic solution, (Wish me luck)
But, I have miscalculated my investment plan for the past 2 years.

Malam itu juga,
Aku create Excel Spreedsheet yang aku namakan "Project Maggi" untuk bantu aku jaga kewangan aku dengan lebih bagus.
Project Maggi akan memastikan aku tidak ketinggalan jauh dari cita-cita yang aku cipta untuk diri aku 3 tahun dahulu.

Maka, secara kesimpulan,
Aku akan hidup makan Maggi selama 6 bulan.
Orang kata makan maggi banyak banyak badan akan menjadi kurus.
Aku dapat jimat wang dan juga kuruskan badan.

Kill 2 birds with 1 stone.
No?

Monday, April 13, 2009

Kurangkan Makan Ice Cream Untuk Kuruskan Badan

Semasa aku berumur 15 tahun,
Daddy aku bawa aku makan ice-cream.

Ice-cream Haagen Daz.
Perisa Belgium Chocolate.

Aku makan, hampir habis satu tong.
Seingat aku,
selama 15 tahun aku hidup,
Aku tidak pernah rasa ice-cream coklat selazat ice cream itu.

"Daddy, ini ice-cream special ke?"

"Yes, it's Haagen Daz. One of the best brands for ice-cream. Expensive tau."

Ketika itu, terlintas di fikiran aku,
Mengapa Daddy aku membawa aku makan ice-cream mahal sebegini?

Aku kata,
"Daddy, now that you let me taste Haagen Daz, the best ice-cream, I don't ever want cheap ice-cream anymore!"

Daddy pandang aku,
tetapi ekpresi mukanya tenang,
Seperti kemenangan.
Aku pun pelik.

Dia jawab,
"I let you taste Haagen Daz, so that YOU KNOW how GOOD it is.
Now, remember the feeling, how good it feels to have the best things in life.
Today is my treat.
Once you're grown up, it's going to be you and your treat only.
You've tasted the best, and I don't want you to settle with anything lesser.
Even you, would not be satisfied settling with anything lesser.
But you need to work hard to keep it.
To keep the best things in life.
It's going to be you and your treat only."

Hari itu, aku pulang dan tulis dalam diari aku,
"I want to be able to eat Haagen Daz, anytime I want."

Have the best things in life.
Aim for the stars.

To get this,
Aku di ajar untuk berdikari.
Aku di ajar TIDAK harapkan orang lain.

Maka,
Apabila dengan USAHA sendiri, aku BOLEH memiliki ice-cream yang aku impikan,

Bagaimana kau & kau:
Harap & mahukan aku settle for anything, lesser?

Wednesday, April 8, 2009

Manusia Boleh Berubah Sekelip Mata

4 Jam lalu, aku hampir ingin jatuhkan diri aku ke dalam api.

Tapi, aku undur.
Mungkin malam ini, aku berfikir, aku waras.
Entah untuk berapa lama, aku kurang pasti.

Manusia tidak pernah puas.
Tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki.
Tapi aku cuma tutup mata aku,
Dan berjalan menjauhi api.

Instead, I went for dinner with a friend.
Persoalan yang berlegar-legar di otak aku, aku ketepikan.

Kawan baik aku baru ditinggalkan oleh teman wanitanya, of SEVEN YEARS.
Talk about that unlucky number.

Aku: Kenapa?
Dia: She doesn't love me anymore.
Aku: Just like that?
Dia: Yes. Just like that.

Aku hirup kopi aku.
Aku: Then? How?
Dia: I don't know.

I can see his defeated face.
Dia: How did you get through it?

Aku toleh ke tepi.
Pandang dia kembali.
Aku senyum.

Aku: You'll get over it. Mula-mula you akan sedih, kemudian you kecewa, then you start to feel angry, then you'll hate her, then you stop caring. Then you move on.
Dia: How long?
Aku: Couple years, tops. Keep yourself busy.
Dia: How?
Aku: Find a new girlfriend.
Dia: But I don't have a new girlfriend.

Aku capai handphone dia,
Delete number ex-girlfriend dia.
Aku capai wallet dia,
Buang gambar ex-girlfriend dia.

Aku: You do now. I'll be your temporary girlfriend. I'm your support system.

So, that's how I got myself a temporary boyfriend.
That's what best friends are for, RIGHT?

Before we left, I texted BumbleBeeto say goodnight.
Dia: "You, sms BumbleBee (eh tipu la dia panggil BumbleBee, tetapi dalam belog, nama sebenar kita sorok kan) ke? Mana boleh sms BumbleeBee when you're with me. I'm your boyfriend kan?"

Eh, eh, lebih-lebih pulak dia.

Saturday, April 4, 2009

Theme: Rock Star

Girls night out.

Belon pink sekeliling bilik,
Topeng-topeng tertera 'Wild', 'Bad', 'Single', 'Flirt', 'Tease'.

Funny how my married best friend got the 'Single' one,
Aku pula dapat topeng 'Flirt'.

Bila aku jerit, 'So not me!'
Dzue, si penghadiah topeng, jeling dan gelak kecil.

Aku sambung, 'So not me, anymore.'