I had my first crush when I was Standard 6.
Nama dia Mohd Hazrat Hakimi.I don't know how I can still remember his name,
I just do.Mohd Hazrat Hakimi.Aku kelas 6 Kekwa.
Dia kelas 6 Cempaka.
Kelas kami opposite each other.
Aku memang seorang yang loser, selalu akan pergi cross-over ke 6 Cempaka untuk meminjam penyapu, eventhough it was NOT even my turn to sweep the bloody class.
(Hahahahaha korang ingat tak zaman sekolah, penyapu tak cukup, jadi kita kena pinjam class lain?)Sebenarnya aku tidak berapa ingat KENAPA aku suka kepada Mohd Hazrat Hakimi
(perlu ke type nama penuh ni?),tetapi kenapa sampai sekarang aku masih ingat kepada Mohd Hazrat Hakimi?
"Is because what I did back in Standard 6 to get his attention; to actually show him I was this cool chick."Kami sama tuisyen.
Cikgu Tuisyen selalunya akan pick-up Mohd Hazrat Hakimi
(aku suka type nama penuh dia) terlebih dahulu, kemudian akan ke rumah aku untuk pick-up aku pula.
Jadi, aku tunggu di rumah.
Bukan tunggu bersahaja,
tetapi aku tunggu di atas pokok.WTF
(Iya, kau bayangkan seorang gadis pendek di atas pokok bersama buku Tuisyen dan sandal Bata)Rumah aku ada pokok.
Aku panjat pokok itu, tunggu van Cikgu Tuisyen yang datang dengan Mohd Hazrat Hakimi.
Sebaik sahaja Cikgu Tuisyen itu tiba dengan Mohd Hazrat Hakimi in the van,
aku melompat gaya stunt-man turun dari pokok,
dan aku ingat lagi, dengan muka bersahaja, aku masuk ke dalam van,
sambil kata,
"SSSuup" kepada Mohd Hazrat Hakimi.
Aku pun kurang pasti, adalah itu pengaruh televisyen, ataupun aku memang
plain sick?, kerana aku benar-benar percaya bahawa jika aku panjat pokok dan terjun gaya macho, ia akan menarik minat Mohd Hazrat Hakimi.
(Hahaha Ya Allah, ampunilah dosa aku ini)Jadi, what happened to Mohd Hazrat Hakimi, you might ask?
Well, he NEVER spoke to me, not even a word.
Hahahaha thank you.
(Mohd Hazrat Hakimi, if you are reading this, please admit that it was kind of cool looking at me jumping from that tree, so that I can rest in peace)****** Sejak hari itu, aku berjanji kepada diri aku, supaya tidak menanam pokok di rumah. For my kid's sake.