Semua orang pun, cemburu.
Orang kata, "Cemburu tanda sayang."
I BEG TO DIFFER.
Cemburu BUKAN tanda sayang.
No, no.
Cemburu tidak semestinya wujud dari cinta.
Cemburu wujud dari perasaan TAMAK.
Iya, tamak.
Tamak memiliki.
Selfish.
Kau mahu sesuatu yang bukan milik kau pun,
Atau kau rasa ia milik kau,
Dan kau fikir, kau berhak terhadapnya.
Jadi, apabila sesuatu yang lain, turut ambil hak terhadap posesi kau itu,
Kau jadi gelisah.
Kau panggil perasaan ini cemburu.
Dan kau kaitkan ia dengan cinta.
Jangan keliru.
Kau cemburu kerana kau tamak memiliki.
Dan jika kau tamak memiliki, tidak
semestinya kau sayang akan ia.
Pendek kata,
Apa aku cuba sampaikan,
Situasi 1:-
Kau cintakan sesuatu (seseorang), kau memang tidak boleh lari dari perasaan cemburu.
(Kau cemburu kerana kau cinta sesuatu (seseorang), kerana kau rasa itu kau punya, kerana kau TAMAK)
Tetapi,
Situasi 2:-
Kau cemburu, tidak semestinya kau cinta,
Ia mungkin hanya perasaan tamak memiliki kau yang mewujudkan cemburu itu.
(Kau tidak sayang pun, tetapi kerana ada sesuatu yang lain yang sedang mengugat kedudukan kau, kau jadi cemburu, kerana kau TAMAK)
Jadi, kesimpulannya,
(Cemburu bukan tanda sayang)
Don't assume you love me if you're jealous.
Maybe you're just selfish.