Aku dapat inspirasi untuk entri ini setelah membaca blog Izrin, di mana dia highlight 2009 key events of her life.
Aku pula, mahu flashback tempat-tempat yang aku pergi pada tahun 2009.
Aku suka jalan.
Aku suka seorang diri.
Aku telah mulakan tahun 2009 aku dengan memacak bendera Malaysia di Orange Country, US of A.
Style, habis.
Gambar: Aku berlari-lari gaya Baywatch tutup aurat.
(Kau nampak bendera Malaysia di atas tu? Bangga sih)
Kemudian aku pergi Hollywood.
Gambar: Aku makan Churros dengan Azri.
(Aku naik beberapa kilo di sini)
Pulang ke Malaysia, aku pergi Club Med, Cherating.
Company trip, tak perlu bayar (jangan jealous?)
Gambar: Kami mengayakan theme Beach Party.
Ada yang jadi binatang.
Aku pun kurang faham.
Aku pergi melawat "Mentor" aku di Jakarta.
Di sana, dia ajar aku makan ayam yang bukan ayam.
(Hahaha WTF memori hitam)
Gambar: Jakun dengan keretapi tipu.
Tumpang H sampai ke Johor Bharu.
Dia campak aku di McDonald di kawasan mana aku pun tak tahu.
H, you ingat tak you campak I?
(Sila buat muka bersalah, sekarang)
Gambar: Singgah Selalu, JB.
(Yes, aku cool, akhirnya makan di sini)
Kemudian aku pergi picnic di Singapura.
Gambar: Jalan kaki dengan memakai heels.
Seksa, kau tahu?
Then, off to Royal Adelphi, Seremban.
Aku hanya berada di sini buat beberapa jam sahaja.
Saje, tenangkan fikiran di sini.
Indah!
Gambar: View dari bilik, sila order Fish & Chips.
Kemudian jalan-jalan cari makan di Taiping, Perak.
Gambar: Muka tak sanggup pandang camera lepas makan durian
Kemudian aku bawa diri 2 malam ke Avillion, Port Dickson.
Aku sayang tempat ini.
Dahulu 1 tahun aku kerja di sini.
Rindu sih.
Gambar: View dari bilik aku. Room 709. Sekian.
Pergi bercucuk tanam di kebun Adri, Klang.
Gambar: Untuk jadi pekebun, sila jangan pakai sandals begitu.
Ia seolah-olah teasing segala jenis serangga untuk datang.
Aku pulang ke kampung, Kelantan.
Gambar: Sedang ziarah kubur Tok Wan.
(Apsal kau tak pakai tudung di sini? Apsal?)
Sebagai tanda selamat tinggal,
Aku pergi melawat batu ini di Shah Alam.
(hek eleh, Shah Alam pun nak tulis, kecoh la, OK sukahati ini I punya blog bye)
Gambar: Oleh kerana terlalu montel untuk Rock-Climbing,
aku duduk posing di situ sahaja
Buat Euro trip pula.
Pergi Espanyol.
Belajar tentang sejarah Malaga, Spain.
(Yo yo jer cakap Spanish dengan orang di sana, dengan menggunakan iPhone untuk translate. Lepas tu bila mereka reply dengan lajunya bahasa Spanish mulalah tersenyum "Excuse Me, English please.." Moral of the story : Jangan ingat iPhone tu canggih sangat boleh buat kau borak pakai bahasa asing)
Gambar: Konon budget nak buat poskad agaknya posing macamni.
Kemudian pergi Alhambra, Spain.
Belajar tentang sejarah Islam yang bermula di sana.
Gambar: Pura-pura candid padahal posing semata-mata.
Ini semasa aku di Granada, Spain.
Pergi London, di waktu Winter memang gloomy & depressing.
Time ni I paling rindu Malaysia.
Gambar: Excited gila nampak Notting Hill.
(Budget macam movie la konon)
Kemudian, kerja lagi...
(Oh kerja ke? hahaha)
Ho Chi Minh, Vietnam.
Gambar: Tebusan aku di sana
Sedikit sebanyak mana yang aku telah pergi pada tahun 2009.
Siapa sangka begitu banyak memori yang aku tinggal dan pura-pura tidak ingat selama ini?
I think, 2010 is going to be an awesome year.
(For travelling... for everything else, ...)
Yes, and I say, AWESOME.
Okay I dah kena siap-siap ni, I'm leaving for Kota Bharu in few hours.
Bye.
******** Jika kau wonder "Minah ni.. Jalan jer.. Kerja ke tak?" Yes, aku kerja. Tekun dan penuh dedikasi pula tu..
(Hahaha cheh cheh cheh ayat just in case Boss baca blog).
6 comments:
You tak payah pergi states pun naik berkg =P
Neways, there's many places to go and many places to see.
Go woman!
But jangan luper buah tangan utk I kay.
Taa.
Sorry sbb mencampakkan u aritu (sambil membuat muka bersalah & menaip comment)ada kecemasan (sila sebut dlm loghat kelantan)..hahaha
Asyik jln2 je..kumpul duit pg umrah dulu bole doakan utk kitaorg skali..
Afiq: Like you said, curve is the new sexy. haha!
H: InsyaAllah
Well said Ti. Curve is the new sexy.
Blackberry Bold is better than Curve
haha tak pasal pasal
Wow. Bestnya dapat jalan-jalan!
Post a Comment