Sunday, January 31, 2010

Fitting In

Day #1
Day #2
Day #3

Balik Kelantan, siap bawak jubah.
Sampai Nenek pun cakap,
"I think you're trying too hard."
(Dan perlukah aku pakai sunglasses sepanjang masa??)

Hahaahahahahahha sekian info dari Pantai Cinta Berahi, KB.

Thursday, January 28, 2010

Flashback : 2009 Travel

Aku dapat inspirasi untuk entri ini setelah membaca blog Izrin, di mana dia highlight 2009 key events of her life.

Aku pula, mahu flashback tempat-tempat yang aku pergi pada tahun 2009.

Aku suka jalan.
Aku suka seorang diri.

Aku telah mulakan tahun 2009 aku dengan memacak bendera Malaysia di Orange Country, US of A.
Style, habis.
Gambar: Aku berlari-lari gaya Baywatch tutup aurat.
(Kau nampak bendera Malaysia di atas tu? Bangga sih)
Kemudian aku pergi Hollywood.
Gambar: Aku makan Churros dengan Azri.
(Aku naik beberapa kilo di sini)
Pulang ke Malaysia, aku pergi Club Med, Cherating.
Company trip, tak perlu bayar (jangan jealous?)
Gambar: Kami mengayakan theme Beach Party.
Ada yang jadi binatang.
Aku pun kurang faham.
Aku pergi melawat "Mentor" aku di Jakarta.
Di sana, dia ajar aku makan ayam yang bukan ayam.
(Hahaha WTF memori hitam)
Gambar: Jakun dengan keretapi tipu.
Tumpang H sampai ke Johor Bharu.
Dia campak aku di McDonald di kawasan mana aku pun tak tahu.
H, you ingat tak you campak I?
(Sila buat muka bersalah, sekarang)
Gambar: Singgah Selalu, JB.
(Yes, aku cool, akhirnya makan di sini)
Kemudian aku pergi picnic di Singapura.
Gambar: Jalan kaki dengan memakai heels.
Seksa, kau tahu?
Then, off to Royal Adelphi, Seremban.
Aku hanya berada di sini buat beberapa jam sahaja.
Saje, tenangkan fikiran di sini.
Indah!
Gambar: View dari bilik, sila order Fish & Chips.
Kemudian jalan-jalan cari makan di Taiping, Perak.
Gambar: Muka tak sanggup pandang camera lepas makan durian
Kemudian aku bawa diri 2 malam ke Avillion, Port Dickson.
Aku sayang tempat ini.
Dahulu 1 tahun aku kerja di sini.
Rindu sih.
Gambar: View dari bilik aku. Room 709. Sekian.
Pergi bercucuk tanam di kebun Adri, Klang.
Gambar: Untuk jadi pekebun, sila jangan pakai sandals begitu.
Ia seolah-olah teasing segala jenis serangga untuk datang.
Aku pulang ke kampung, Kelantan.
Gambar: Sedang ziarah kubur Tok Wan.
(Apsal kau tak pakai tudung di sini? Apsal?)
Sebagai tanda selamat tinggal,
Aku pergi melawat batu ini di Shah Alam.
(hek eleh, Shah Alam pun nak tulis, kecoh la, OK sukahati ini I punya blog bye)
Gambar: Oleh kerana terlalu montel untuk Rock-Climbing,
aku duduk posing di situ sahaja
Buat Euro trip pula.
Pergi Espanyol.
Belajar tentang sejarah Malaga, Spain.
(Yo yo jer cakap Spanish dengan orang di sana, dengan menggunakan iPhone untuk translate. Lepas tu bila mereka reply dengan lajunya bahasa Spanish mulalah tersenyum "Excuse Me, English please.." Moral of the story : Jangan ingat iPhone tu canggih sangat boleh buat kau borak pakai bahasa asing)
Gambar: Konon budget nak buat poskad agaknya posing macamni.
Kemudian pergi Alhambra, Spain.
Belajar tentang sejarah Islam yang bermula di sana.
Gambar: Pura-pura candid padahal posing semata-mata.
Ini semasa aku di Granada, Spain.
Pergi London, di waktu Winter memang gloomy & depressing.
Time ni I paling rindu Malaysia.
Gambar: Excited gila nampak Notting Hill.
(Budget macam movie la konon)
Kemudian, kerja lagi...
(Oh kerja ke? hahaha)
Ho Chi Minh, Vietnam.
Gambar: Tebusan aku di sana
Sedikit sebanyak mana yang aku telah pergi pada tahun 2009.
Siapa sangka begitu banyak memori yang aku tinggal dan pura-pura tidak ingat selama ini?

I think, 2010 is going to be an awesome year.
(For travelling... for everything else, ...)
Yes, and I say, AWESOME.


Okay I dah kena siap-siap ni, I'm leaving for Kota Bharu in few hours.
Bye.


******** Jika kau wonder "Minah ni.. Jalan jer.. Kerja ke tak?" Yes, aku kerja. Tekun dan penuh dedikasi pula tu..
(Hahaha cheh cheh cheh ayat just in case Boss baca blog).

Things to do in 365 Days.

Back in December 2009, I made a list.
"Things to do in 365 days."

I thought in detail of what are the things I'd like to do in 2010.

Apart from my 2010 resolution, which was quite general & more on self development,
My list for "Things to do in 365 days" was a SMART list
(Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Timely)

Ala... kebanyakan perkara-perkara random yang aku mahu buat untuk tahun ini.
Nothing great, nothing exceptional.
Tetapi setiap item ada hidden agenda di sebalik aku melakukannya. (Ceh)

Cuma aku list down, supaya I actually do something with my life this year.
Aku memang akan melakukan banyak perkara lain, tetapi ini benda-benda SPECIFIC aku MAHU buat ya.

Dan aku akan tulis di sini; setiap kali aku berjaya melakukan perkara itu.

Things to do in 365 Days:-
1) Learn to cook 35 Dishes
2) Go to National Library
3) Visit Tugu Negara
4) Loose 8 Kilos
5) Take photo in front of Muzeum Negara
6) Make a Nationalist T-Shirt
7) BBQ in Cameroon Highlands
8) Get 3 X Strike in Bowling
9) Win a Fusball Game
10) Picnic at KL Pac
11) Go on Roadtrip to 4 different States
12) Ride Flying Coaster, Solero Shot and Day trip to Genting
13) Get braces
14) Visit A-Famosa
15) Learn how to horse ride
16) Wake up 7am daily
17) Get a bike
18) Bike daily
19) Join ToastMasters
20) Spend time with Anak-Yatim
21) Hafal Ayat Kursi
22) *censored hahaha WTF*
23) Dance in the rain
24) *censored part 2, hahaha WTF * (kena ke ketawa macam ni setiap kali?)
25) Buy a house
26) Buy a car
27) Play golf
28) Go para-sailing, or bungy jumping
29) Go to Jakarta
30) Learn full dance steps to 5 different songs
31) List down the name of the people that has hurt me
32) Forgive everyone in the list
33) Forget everything that they have done & move on
34) Look at the ocean, sky or stars at least once a month & remember how it peaceful it feels

And hopefully, but end 2010, I will strike out each one of them.
Thank you.

Wednesday, January 27, 2010

2010 Resolution

Januari sudah pun hampir berlalu........
My 2010 RESOLUTION
************************* I'm keeping it short & simple this year. SMART goals.

Friday, January 22, 2010

Courage.


"I'm NOT a stop along the way.
I'm a destination.
And, if you refuse to come,
I'm going to need to find a replacement."
- Chuck Bass, Gossip Girl.

Sepanjang aku di Pulau Pinang ini,
Aku fikir & terus fikir...
Seorang diri, di dalam bilik aku di Golden Sands ini.

Kita semua adalah sebuah destinasi.
Bukan hanya sekadar sebuah tempat persinggahan...............

So, do the right thing.

Tuesday, January 12, 2010

Flashback: The One Thing You Never Got

Cuba kau flashback sedikit.

Zaman kanak-kanak.


Pernah atau tidak,
Kau mahukan sesuatu,
Teramat mahu,
Tetapi kau tidak dapat miliki?


(What's the one thing that you have always wanted back when you were small, but never really got the chance to own/have it?)


Iya, kau kecil, kau tiada wang.
Sumber kewangan kau; hanya ibu bapa.


Dan jika ibu bapa tidak mahu belikan untuk kau,
That's it.
(Or budak SJ likes to say "Kau makan pisang." hahaha WTF )


Aku, obviously pernah.
(Memanglah banyak perkara yang aku tidak pernah dapat semasa aku kecil,
But there's one thing in particular yang aku ingat sampai sekarang)


Masa aku kanak-kanak, when I was 13 years old.
(Cheh takde la kanak-kanak sangat, tapi aku belum baligh lagi time ni, so considered kanak-kanak lagi kut?)


Aku 13 tahun.
Semua budak-budak 'cool' di sekolah memakai jam.


TETAPI,
Bukan sebarangan jam,
Tetapi jam tangan jenama Baby-G.


Oh so cool wey, aku pun mahu!
Jadi aku minta ibu bapa aku & obviously my "application" was rejected.


"Beratus for a watch?? No!" kata Daddy, ringkas.
Aku pujuk punya pujuk, memang tak dapat.
Aku merajuk 10 tahun pun tak guna, sampai sekarang aku tak dapat.


Aku cuma lihat kawan-kawan cool aku memakai Baby-G ke sekolah.
Terutama sekali Baby-G warna pink, di pakai sewaktu kami bersukan.


Sedar-sedar, zaman Baby-G sudah berlalu & aku telah pun dewasa.
Bila kau dewasa,
You learn to accept that there are some things; you can't have.
No?


Pagi tadi, aku terima sebuah kotak misteri, di meja di tempat kerja aku.


And teka apa isi kandungan kotak itu?
My very own Pink Baby-G!
(Aku cool weiiih!!@@##)

Adakah ini bermaksud you can have everything in life?
Or are some things ... just worth the wait?

Life, is full of surprises.

Tuesday, January 5, 2010

Z's Bachellorrate Party

Yet another Bachellorratte Party.
Obviously; we behaved.

"Kisses for the bride-to-be!"

Aku suka lihat reaksi mereka apabila aku berdiri di hadapan dan block mereka semua.
Hahaha priceless!
Apa aku cuba buat di sini, you'll never know.
*grins*
"Sssshh... Whatever happens here.. stays here..."
Aku rasa sekarang dah musim.
Musim semua orang kahwin.

Aku pun jadi pening,
Bukan kerana aku tidak mahu kahwin lagi,
Tetapi kerana aku sudah hampir habis baju untuk di pakai ke majlis majlis sebegini.

Ibu bapa aku pun pening,
Bukan kerana aku sudah hampir habis baju untuk di pakai ke majlis majlis sebegini,
Tetapi kerana aku masih belum mahu kahwin lagi.

Cliche.
PS> Hilton sudah sembuh.