Tuesday, March 2, 2010

Flashback: Kisah Untuk Menjadi Cantik

Semasa aku kecil, aku ada 2 Hypothesis tentang Perempuan Cantik.

Hypothesis #1: "Ada lesung pipit itu CANTIK"
Cuba kau lihat Preity Zinta,
Lebih cantik kan apabila dia senyum nampak lesung pipit?

Hypothesis #2: "Tahi lalat di atas mulut itu CANTIK."
Tidakkah kau rasa bahawa tahi lalat itu-lah yang membuatkan
Marilyn Monroe seorang yang begitu cantik & menggoda?


Realiti-nya,
Aku TIADA lesung pipit,
Dan,
Aku juga TIADA tahi lalat di atas mulut.
Aku sungguh kecewa.

Akibat mahu jadi cantik,
Aku sungguh-sungguh mencari jalan untuk merealisasikan juga kedua-dua Hypothesis aku ini.

Jadi, sewaktu aku berumur 8 tahun,

Step #1,
Sebelum aku pergi ke sekolah, aku akan ambil 2 batang pensel,
Kemudian pulas-pulas bahagian tengah pipi aku.

Cuba korang buat, buat untuk 5 minit.
Lesung pipit palsu akan timbul.

Kemudian, setiap 1 jam, aku akan ambil pensel dan pulas-pulas lagi, (pasal lesung pipit palsu tu can only last for 1 hour, kemudian aku kena touch up)

Hahahahaah WTF aku memang seorang budak yang WTF.

Step #2,
(setelah aku memulas pipi aku untuk menimbulkan lesung pipit palsu)
Aku akan ambil pen hitam mak aku (signing pen) dan conteng tahi lalat palsu di atas mulut aku.
Kemudian aku pergi sekolah dengan penuh perasaan bangga.

Accomplished.
Aku cantik, pasal aku ada tahi lalat di atas mulut.
Dan juga aku ada lesung pipit.

Sehingga suatu hari,
Sewaktu rehat, tiba-tiba hari hujan.
Aku tunggu punya tunggu, hujan makin lebat.

Semua budak-budak sudah berlari meredah hujan untuk pulang ke kelas, tetapi aku masih duduk static di kantin.
Aku tunggu punya lama, sehingga lesung pipit aku pun hilang.

Finally,
Aku buat keputusan untuk redah hujan, no choice, because class was about to start again.

Setibanya aku di kelas....
"WTF kantoi la tahi lalat tu tiba-tiba basah meleleh.. Sungguh suatu penipuan?"

HAHAHA WTF I am so lame.
Terima kasih.

*** Sejak hari itu, aku give up dengan effort-effort 'thinking out of the box' aku untuk menjadi cantik.

5 comments:

Tahi Lalat said...

Hmmm...barangkali u perlu bantuan lalat utk realisasikan impian u tu

immabastard said...

If everyone has to think outside the box, maybe they should concentrate on fixing the box.

Aziati Wan Haron said...

They think outside the box in order to fix the box lah -_-

supersonic_teeth said...

ti, masa i sekolah rendah dulu pun i amik magic ink buat tahi lalat tau! and the ink wont last long, so a few hours later the tahi lalat became green! true story. hahahaha.

Aziati Wan Haron said...

Sha, after hearing the full story at curve just now...
Hahahaha!! Great minds think alike!