Tuesday, April 13, 2010

Flashback: Kisah Hormat Orang Tua


Dari kecil kita di ajar untuk hormat orang tua.
Jangan kurang ajar.

Lagi-lagi, jika orang tua itu merupakan ibu & bapa kepada teman wanita/lelaki kau.
Kononnya, "future" in-laws kau.
Kononnya, lah.

Makinlah hebat tahap hormat kau kepada mereka, bukan?

Setiap kali aku ingat tahap hormat aku kepada orang tua, aku memang geleng kepala.
Ketawa seorang diri.

Dahulu, aku bersama F. (bukan nama sebenar)
6 tahun lamanya.

Aku ingat lagi, pertama kali aku jumpa ibu F, di bulan Ramadhan.
Ibu F buatkan aku Caramel Pudding.
Kau tengok gambar di bawah ini, nampak sedap kan?

Iya, memang sedap.

Bagi kau.

Tapi, bagi aku,
Caramel Pudding adalah antara dessert yang paling tidak sesuai dengan citarasa aku.

Masa aku kecil, nenek aku suka buatkan aku Caramel Pudding, tetapi aku memang langsung tak suka, kerana bagi aku, rasa dia pelik.

Caramel Pudding seolah terlalu lembik bagi aku.
Jangan kata Caramel Pudding la, segala jenis pudding atau yogurt, aku memang tidak suka.
BAGI AKU RASA DIA PELIK.
PELIK.

Tetapi, aku hormat orang tua.
Aku makan juga.
Habis satu mangkuk.

Yang lebih menyeronokkan lagi, sejak hari itu, ibu F membuat andaian bahawa aku suka Caramel Pudding.
Yang juga lebih menyeronokkan lagi, F memang tahu aku tidak suka akan Caramel Pudding, tetapi dia tetap minta ibunya membuatkan Caramel Pudding setiap kali aku datang?

Maka, setiap kali aku makan malam bersama ibu F, aku akan di hidang Caramel Pudding.
(Takkan aku mahu tolak hidangan dia, nanti terguris pula hatinya?)
Dan setiap kali, aku makan juga.
Habis satu mangkuk.

ENAM TAHUN LAMANYA.

Kau tahu tak betapa lama aku makan Caramel Pudding yang aku tidak suka, hampir 2 kali sebulan, selama 6 tahun lamanya?
(Aku sampai tahap telan Caramel Pudding itu dengan air kosong semasa Ibu F tidak memandang aku, supaya laju sikit habis.. HAHAHAHAHA WTF I know I am such a fascinating creature)

Semenjak hari aku sudah tidak bersama F, setiap kali aku lihat Caramel Pudding, aku pasti tertawa seorang diri.
Geleng kepala.

Ibu bapa aku pasti bangga dengan betapa extreme tahap aku hormat orang tua.

Kids, hormat orang tua.

**** Atau lebih senang lagi, dari awal, jika tidak suka, sila kata kau tidak suka. Jangan jadi macam aku. Dah 6 tahun takkan baru sekarang nak cakap aku tidak suka. Logikkah itu?

8 comments:

Jason said...

hahahahaha!! indeed a fascinating creature!
lets go eat caramel pudding!

Jeremy Chuen said...

6 years, darling?
I miss you

Ahmad said...

hahaahha macamtuh skaliii eyhhhh care hormat!!

ateeka amer said...

oh, itu cara hormat eyh? hurm.

Aziati Wan Haron said...

banyak cara untuk tunjukkan hormat :)

supersonic_teeth said...

i think its sweet you ate it. if only she knew. does she know?

myra said...

i so ingat muka u baru balik dari makan caremal tu, i ingat u ade cite, u actually telan benda tu mcm makan ubat!!! ahahaha

Aziati Wan Haron said...

aisha: i have no idea. hahahaha

myra: HAHAHAHAHAH INGAT TAK INGAT TAK!!! HAHAHAHA OMG!!