Saturday, April 10, 2010

9 Senarai Hiiiiish.

1. Aku tidak suka apabila aku pergi bilik air, tetapi bilik air itu, tiada air. Nama kau pun bilik air, tapi jika kau deprive aku daripada air, serupa kau panggil diri kau bilik kencing atau bilik berak. Apa-apa pun, aku memang benci bilik air yang tiada air.

2. Lelaki keluar pakai selipar dengan seluar panjang. Macamana hensem pun kau, aku memang kurang gemar lihat lelaki padankan seluar panjang dengan selipar. Tak kisah lah selipar kau selipar Crocs ke, Birkenstock ke, Gucci ke, Bata ke, selipar tetap selipar. Kalau kau nak pakai selipar, tolong duduk rumah, pergi pasar atau padankan dengan seluar pendek. Aku paling kurang gemar kalau pakai baju kerja dengan selipar. Hish. (Tapi aku suka pakai selipar dengan seluar panjang. Ala perempuan takpe, HAHAHA WTF)

3. Orang makan tidak tutup mulut. Hodoh rupanya, tahu tak?

4. Makanan yang tidak sedap. Aku memang suka makan. Nafsu kalah babi. Aku sebenarnya tidak tahu la babi ni suka makan atau tidak, tapi pasal dia gemuk aku kata la macam itu. Okay, gemuk tidak semestinya pasal kuat makan, maybe pasal keturunan, tapi itu bukan topic kita di sini. *off track* Aku memang seorang yang cerewet. Jadi bila aku order makanan, makanan yang sampai itu tidak mengikut selera aku, aku jadi bosan. Pasal aku kena paksa diri untuk habiskan makanan, dan kalau aku tidak habis, aku akan terbayang kanak-kanak di Afrika yang tiada makanan, lepas itu aku jadi serba salah. Tetapi sebagai seorang perempuan, aku harus jaga badan supaya kekal dalam bentuk yang aku mahu, jadi aku hanya allow makanan yang sedap untuk masuk ke dalam tubuh aku, baru aku rasa worth it apabila aku jadi gemuk kerana makan banyak. Come on, perempuan mana mahu jadi gemuk kerana paksa diri untuk habiskan makanan yang tidak sedap?

5. Makan seorang diri. Aku ingat lagi, semasa aku sekolah rendah, aku memang tiada kawan. Aku rehat pun kena makan seorang diri. Loser gila, aku tahu. Kadang-kadang, aku rehat di dalam kelas aku sahaja, kerana aku takut untuk pergi ke kantin, lepas tu kena makan seorang diri, sedangkan semua orang lain ada 'geng'. Jadi, bila aku dah besar ni, aku jadi phobia untuk makan seorang diri, kerana aku akan teringat kisah aku makan seorang diri di dalam kelas tepi almari pasal takut orang lalu kelas nanti nampak, "Ei minah tu makan sorang." Ha macam tu la.

6. Kasut tumit tinggi. Aku memang cukup cemburu dengan perempuan yang boleh berlari-lari memakai kasut tumit tinggi. Macam Victoria Beckham. Atau Paris Hilton. Atau Mya Kamal. Hahahaha tak pasal-pasal Mya Kamal ada, ya sebab you boleh pakai high heels tanpa rasa uncomfortable. Jealous. Kasut tumit tinggi, bagi aku, hanyalah untuk dibeli dan di pamerkan di rumah sahaja. Walau macamana aku cuba, aku baru pakai 5 minit dah sakit kaki. Memang uncomfortable. Kalau aku ini tidak pendek, aku memang langsung tidak akan cuba pun untuk pakai kasut tumit tinggi. Tetapi, since aku ini tidak lah setinggi mana, di mana waktu layak dan sesuai untuk pakai, aku akan tetap pakai. Sekejap.

7. Aku dibesarkan oleh ibu bapa aku untuk berusaha for everything that I want. Tiada siapa boleh bantu aku, kecuali diri aku sendiri. Jadi, aku memang cukup benci orang yang asyik-asyik salahkan keadaan, orang lain, if things does not work out the way they plan. Kalau tidak dapat kerja, "Ala Boss pilih kasih." Kalau fail SPM, "Ala mak bapak aku cerai, aku stress." Semua benda salahkan everything & everyone but you. Aku memang tidak tahan dengan manusia yang perangai sebegini. Iya aku admit, kadang-kadang kita semua pun behave macam ini, but please, cermin diri, kalau boleh kau tampar diri kau sendiri and snap out of it. Aku pun selalu buat macam itu. Tampar diri aku supaya aku sedar diri sikit. Kita penentu hidup kita sendiri.

8. Lelaki pinjam duit dengan perempuan. Tak kisahlah kau orang girlfriend boyfriend ke, kawan ke, tetapi, aku memang turn off lelaki pinjam duit dengan perempuan. Bagi aku, aku view setiap lelaki sebagai ketua keluarga. Dalam Islam, tanggungjawab utama isteri adalah untuk taat, dan tanggungjawab utama suami adalah untuk memberi nafkah. Jadi, jika kau tidak boleh fulfill basic fundamental untuk memberi nafkah, macamana kau mahu jadi ketua keluarga? Bukan sahaja kau tidak boleh fulfill, kau lagi pergi pinjam dengan kaum Hawa. Janganlah.

9. Orang yang kantoi menipu. Aduh. Kan aku pernah kata, "Everybody lies.". Aku tidak kisah la bila orang nak menipu, suka hati mereka la. Tetapi tolong la jangan nampak obvious sangat kau menipu. Menipu ini suatu seni, kalau kau nak tahu macamana, kau pergi google belajar. Atau pun kau jadi lawyer. (Disclaimer, I have nothing against lawyers, cuma satu keluarga aku, dari Daddy, Mama, Kakak & Adik aku semua pun peguam, jadi aku belajar dari mereka bahawa menipu itu adalah suatu seni)


*** Hiiish kerana itu bunyi yang kita buat apabila kita tidak suka sesuatu, kan? Aku buat 9 instead of 10 bukan kerana aku saja nak bikin gempak, tetapi kerana aku serious dah tidak boleh fikir senarai ke-10 itu.

** Perkataan yang diwarnakan merah semua ada link dengan penulisan aku sebelum ini secara langsung atau tidak langsung. Gila rajin sampai link, yes I know. Sekian.

7 comments:

mya said...

hahahahaha ti,it took years of practice to walk in those heels.beauty is pain.but its worth it.it makes your legs look slim and of course tall.hahahaha

Unknown said...

i takkan pakai sliparr lagi!!!

Me said...

Mya: Kasut tumit tinggi akan menjadi future best friend I. Heh heh heh

Razif: HAHAHAHA takkan nak gi pasar pun pakai kasut kooot

jan said...

aziati u period eh?

Me said...

Hahahahaha bingo, ajan, bingo

Tariq said...

sangat tepat, especially nombor 1. bila pergi luar negara, or even the (supposedly) five-star hotels kat malaysia yang takde hose, memang susah hati, kena bring your own bottle air :(

Me said...

hahahaha yes kan, so annoying macam tu