Thursday, March 26, 2009

Gelas yang ringan; tetapi jika di pegang lama lama berat jadinya.

Malam tadi aku ke sana.
1 tahun aku tinggalkan tempat itu.
Banyak perubahan, aku teruja.

Kiri kanan manusia berpusu-pusu untuk keluar masuk.
Asap rokok mengaburi mata.

Aku nampak dia dari jauh.
Kisah lama aku.
Berbaju Polo berwarna putih (gaya Azmanita, haha *wtf), seluar jeans & his Gucci shoes.
Typical of him.

Aku lalu melintasi dia, aku pandang tepi, jalan di belakang.
Jauh dari dia.

"B!" Dia tegur.
Aku terus berjalan, seolah olah aku tidak dengar.

Aku pergi belakang pentas.
Aku duduk diam di situ.

Kawan aku beri aku segelas Coke.
Aku pegang di tangan. Masih penuh.
Sejuk.

"B!"
Tiba-tiba dia di depan aku.
Tidak begitu hairan, dia memang panggil aku B dari dulu lagi.
"Oh Hi."
Aku pura-pura terkejut.
Aku senyum.

"I've been looking for you. Fancy to see you here, tonight."

"Oh. Ok. Yeah, odd occasion."
Aku senyum lagi.

"Awak cantik malam ni. I miss you."

"Oooooo...... You flatter. But thanks."
Aku terus senyum.
Tiada perasaan.

"Can I buy you a drink?"

"I'm holding one."

"Can I kiss you?"

Aku pandang bawah.
Pandang gelas Coke aku.
Aku gengam kuat.

Aku pandang dia.
Aku senyum.

Tangan aku bergerak dengan sendirinya.
Aku tuang air.
Atas baju Polo Putih.
Gelas menjadi kosong.

Dalam masa 5 saat, baju Polo putih bertompok hitam.
"Screw you."
Tiada perasaan.

Dia pandang aku.
Nyata, dia faham sekali.

Aku terus balik -_-

3 comments:

Anonymous said...

Apa berlaku ni?
B,
Siapa dan mengapa?
-Imran

Xul said...

remind me to not talk to u in public unless ur handcuffed behind your back. I really think u need the holiday.

Aziati Wan Haron said...

Xul.. hahahaha.. Handcuffs... Now that sounds weird! hahaha ;) anyway, i got the holiday. yippiee..