Saturday, May 30, 2009

Luka

Satu hari fikiran aku telah melayang.
Aku memang selalu begini.
Terlalu banyak berfikir.

So,

The Boys, came to my rescue.
(hahaha cam wtf panggil korang the Boys.. LOL)

Bila aku senyap seharian,
Mereka jadi gelisah.

"Something is wrong," kata Wi.
As usual, aku buat muka stoic.
(Perkataan ini, I curi dan belajar dari AKAB, thank you very much)

"You're awfully quiet. Stop thinking." dia sambung.
As usual, aku sambung dengan muka stoic aku.

Jadi mereka (Ahem, the Boys) bawa aku pergi cuti.
Bawa aku makan angin, kata mereka.

Roadtrip.
Dengar muzik.
Pesta.
Dansa.
Tenang.

Many many hours later,
Kami tiba di destinasi terakhir.
Aku lihat, hanya tanah yang lapang.


Mereka kata; mahu cari cangkul.

"Buat apa?" aku tanya.

Sungguh-sungguh mereka cari cangkul.
Datang kembali jumpa aku, bawa tanah liat.

"You jangan nak stoic dengan kita. Nampak tanah liat ni? 2 acres. Fill that bloody empty hole." jerit mereka, serentak.


Oh.
Iya.

I almost forgot.
That hole.

That a hole in my heart.



Sunday, May 24, 2009

Aliff's New Girlfriend

My baby, has a new girlfriend.................
The little monster.... is all, grown up ;)

Of course.. We start by showing off to the girl "Whoz da man" pose..
Also, showing off his Ben 10 watch.
Hahaha.
Little monster such a player ;)


Then it's time to play..
On the bed.
Hahaha
Yes. Keep the girls entertained.

Then it's OFFICIAL.
Look at his eyes.
And his hands... wrapped around her.
Hahahahahaha.
Look at his eyes....
I'm proud!

Photos thanks to RAMBO

Friday, May 22, 2009

The L Word

Jadi kita ada bincang tentang the F word.
Financial.

I especially like what allaboutbeca said,
"Love does not provide for 3 meals a day, passion does not determine whether you can safely give birth to your kid, money does all these things"

Benar, bukan?
Tapi kita just won't grow up to face reality.

Anyways,
Balik kepada kisah the girls from school yang mengorbankan cinta kerana the F word.
So we need to find the F guy.
But at what cost?

When I hang out the girls from work,
Isu sama juga diperbualkan, "Marriage."But, in a much advanced stage, which in specific, I'd say;
"Separation", or "Divorce".

Why?
Because of the L word.
Loyalty.

Ini sama kisah Forbidden Fruit.
Mungkin juga, jika kita sudah kahwin,
The tempation to cheat is; much more thrilling?
Or maybe we are just, plain cheaters.

Take for Example Friend A.
Happily married, 6 years, with 3 kids. One weekend she tried to call her husband, and he answered the call with, "Yang, I dah kahwin lagi sorang."
Right.

Take for Example Friend B.
Got married when she was 17, and now at 23, walaupun sudah ada 5 year old son; she is cheating on her rich, humble, nice and good looking 28 year old husband (gila, look at the guy's profile.. rare species.. tapi the wife still cheated on him). Two timed him with a 25 year old student, who happens to be a Mat Salleh.
Right.

Take for Example Friend C.
She came back early from work to surprise her husband only to find him screwing her best friend.
Right.

Tidak perlu la banyak example,
Because, benda-benda macamni jadi setiap masa; setiap hari dalam kehidupan kita.

Jadi, jika difikirkan kembali isu isu the girls from work,
Perkataan lain pula yang menjadi Key Issue.
Atau, key criteria.
Loyalty.

Seorang yang setia.
Tidak akan curang.
Will love you & only you.

Jadi, jika I buat teori based on the girls from school & the girls from work,
Adakah ia bermaksud,
We have to find someone yang F dan juga L?

Tamak sangat tu. =)
Lagipun, mungkin species itu sudah pupus.

Jadi,
Jika harus di pilih antara ;
Loyalty & Financial,
Yang mana pula harus jadi pilihan?
Again, if we were to choose any of this option.
AT WHAT COST SHALL THAT BE?

Sila keluar dari tempurung, and live in the real world.
We can't have the best of both worlds.

Saturday, May 16, 2009

That's so Paris

When I hang out with the girls from school,
Isu yang akan hangat di perbualkan would either be "Engagement", or "Marriage".

Jika di sentuh 2 topic ini,
I dapat conclusion bahawa,
Most of the girls from school yang sedang menuju to Marriage, either:-
i) telah putus tunang
ii) hendak putus tunang
iii) tak jadi tunang

Why?
Mostly All because of the "F" word.
Financials.

Take for example Friend A.
Her fiance broke up with her because he felt that he could NOT support her financially once they are married. So wedding's off.
(Tapi bukankah kau, si lelaki, patut fikirkan terlebih dahulu, before kau even lafazkan "Will you marry me?")

Take for example Friend B.
She is having AN AFFAIR with another guy, because this NEW guy is much RICHER and is able to take care of her luxuriously as compared to her FIANCE. So, wedding MIGHT be off.
(Tapi, bukankah kau, si perempuan, patut fikirkan terlebih dahulu, before kau accept the engagement ring?)

Take for example Friend C.
She cancelled the engagement because the boyfriend was NOT successful enough. So engagement's off.
(Benarkah cinta is not good enough to make a marriage work?)

Financial, is quite the key issue nowadays.
Don't call girls materialistic but that's how the world is.

Dalam Islam juga, sememangnya lebih afdal jika wanita mengahwini seseorang yang tarafnya sama atau lebih diri sendiri.

Jadi, what's happening to the girls from school, it got me thinking, for days.
Is Financial really the KEY issue here?
Are we supposed to marry someone that is able to provide us what we need, what we want?
Or, is LOVE strong enough for both husband and wife to stay together?

I want to believe, seperti dalam wedding vow Christian "for richer, for poorer", but I've been told, that's just bullshit.

Jika kita dibesarkan dengan certain, certain, lifestyle,
Iya, mungkin agak mewah,
Perlukah kita cari seseorang yang boleh memberi the same lifestyle kepada kita?

Or should we compromise?
And, if the answer is YES, that, we should compromise,
Who is to determine to what level we should lower our expectations?

SPF45




Akhirnya, aku sampai juga, di sini.
Alangkah indah jika kita boleh hidup tenang, begini selalu?

Wednesday, May 13, 2009

Counter-Strike Era

Aku terjumpa seorang sahabat lama, setelah hampir 10 tahun dia hilang dari hidup aku.

Semasa kami kecil lagi; dia sudah dikenali sebagai "Playboy."
Dan kini,
Eh. Eh. Tiada apa yang berubah pun,
Dia masih dikenali sebagai "Playboy."

Aku bernasib baik kerana semasa aku kecil, aku di kira one of the boys.
Tidak tergolong dalam golongan yang boleh menarik minat lelaki.
Aku pun, kurang minat dengan dating atau cinta; kerana aku lebih interested memanjat pokok.
Jadi, aku & "Playboy", kami good friends.

Sedang kami rancak flashback,
Dia dengan penuh bersemangat bercerita,

Dia: "Ingat tak masa kita masih kecil & I datang rumah you?"

Aku: "Yup."

Dia: "And ada suatu hari I datang nak pinjam duit (ada emergency sangat), and you kasi I pinjam duit tu?"

Aku: "Hmm ye kut?"

Dia: "Emergency I, sebenarnya, I pergi CyberCafe lepas tu. Main game."

Tuesday, May 12, 2009

Shallow

Jadi, aku ambil keputusan untuk jadi sedikit tabah.

I will write whatever I want to write, whenever I want to write.
This is after, my blog, kan?

Jadi, aku ambil keputusan untuk IGNORE ugutan kamu.
Leave me alone.

Dan jika hidup aku ini agak fascinating bagi kamu.
Dan kamu pilih untuk baca tentang hidup aku,

Sila ambil kira ini:-
Aku yang pilih content penulisan di sini.
Jangan kau cuba chart my destiny, or draw the lines.

I had enough of people telling me what to do.
Especially from those not even worth my time.

Kau yang memilih untuk membaca.
If you don't like it, stop reading.

Saturday, May 9, 2009

Antara Siang & Malam

Time: 9am to 6pm
Location: Terminal
Waktu ini; aku bercinta dengan matahari.


Time: 6pm to 9am
Location: Tempat Tinggal
Waktu ini; aku bercinta dengan laut dan bintang.


Equilibrium.

Kenang

Aku lihat lagi, gambar Sara.

Senangnya kita datang & pergi......

Sedih.
Rindu.

Tetapi, aku cuba tabah sedikit hari ini.
Kerana mungkin, aku tahu,
Kau sudah tidak kesakitan lagi.

You once told the world, "I'm not a delicate little flower, I'm a Superwoman."

Yes, you are.
Always have been.
Always will.
I love you.

Friday, May 8, 2009

Elektro

Semalam dia tanya lagi, "Why do you love me?"
Sekali lagi, aku jawab,
"Because you have nice shoes."
;)

"Pertemuan buat pertama kali."
"Well, hello good looking.."
"Mmmm. Teruja I."

Wednesday, May 6, 2009

Friday Night

Dia belajar tentang hukum-hukum.
Haram, Wajib, Sunat, Harus & Makruh.

Malam itu juga,
Dia ajak, "Let's hit the clubs, later?"

Aku gelak kecil, dan jawab, "No, No. Kan dah belajar? Haram."

Dia: "Ala! Why? I don't plan to do anything naughty!"

Aku: "Coz, dekat club, ada ramai perempuan seksi. Mereka tidak tutup aurat. When you see them, you'll get turned on. Dosa."

Dia hanya tersenyum; mendengar jawapan aku.
Kemudian dia sambung (dengan riak muka Dr Evil) : "Oh, macam I sedang lihat you sekarang? Dosa juga kan?"

Okay, okay. Point taken ;)
Jom, pergi.

Tick Tock

Aku punya prinsip aku sendiri.
Values. Beliefs.

They, might be exactly like yours.
They, might differ completely.


Tetapi, jika aku diuji dan dicabar untuk bertindak against my own principles,
Tahap kesabaran aku, agak nipis.

Selalunya,
Aku akan mempertahankan hak aku.
Kepercayaan aku.
Hingga mereka dan kau faham.

Dan jika mereka dan kau masih tidak menerima,
Lantas mengharapkan aku hidup berasaskan prinsip yang mereka dan kau cipta,
Hoping for me to let go my own values & beliefs.

Aku pasti berhenti melawan.
Aku akan duduk diam, bersahaja.
Buat sementara.
Then I bloody walk out from their, and your life.

Sila tunggu & terus cabar aku.

Monday, May 4, 2009

Apple Diet

Kembali kepada Project Maggi, aku perlukan lebih motivasi.

Kerana semalam, aku telah cuba 'Apple Diet' untuk satu hari.
(Aku hanya makan 1 kali, sehari, jika lapar, makan Epal sahaja; kerana aku mahu kumpul wang untuk masa hadapan, at the same time, kuruskan badan)
Dia teks, "How could anyone survive that?"

Benar.
Jadi aku mahu gunakan manusia ini, sebagai motivasi aku.
Untuk 3 bulan.

Wahai Makhluk cantik sebegini, adakah kau manusia?

Aku telah print gambar manusia cantik ini di dalam otak aku dan aku simpan di ruang memori.
Setiap hari.
Sambil aku makan epal epal aku.

Yes!
Barulah kita boleh berbincang tentang gambar bikini, ya?

Sunday, May 3, 2009

NN


Gadis paling comel di dalam hidup aku.




XOXO

Cook Dinner


Shell to cut further jobs after 58% fall in profits
By Ed Crooks
Published: April 30 2009

Royal Dutch Shell expects to cut jobs this year as it continues its squeeze on costs in response to the lower oil price, its chief executive has told the Financial Times.

----------------------------------------------------------------------------------

It's a good time to be a housewife, eh?
*grins*

Muse

Jadi apabila teks yang aku hantar tadi pada pukul 10.45 malam,
Tidak membawa apa-apa reaksi daripada si penerima teks;

Aku mula tidak tenang.

It's going to be a long night.

De-Stress

Kosong.

Makan malam, bersama.
Berebut surat khabar.
Dan selalunya, dia yang mengalah.
Beri aku; apa aku mahu.

Aku baca New Straits Times,
Dia baca The Star.

Kosong.

Mungkin tamat masa untuk aku selalu menang,
Selalu di atas.

"But I like to be on top....."

Hahaha back to topic.
Aku mengalah.
You be on top now.

Okay, now..

You read New Straits Times
& I'll read The Star.

Kita mula dari surat khabar.

Saturday, May 2, 2009

Pink.//

Aku mimpi dia; malam semalam.
Di dalam bilik yang tenang,
Angin bertiup nyaman dari tingkap yang terbuka luas.

Fokus aku;
Kepada katil yang terletak di hadapan dinding,
Dia.

Baring tidur bersama seorang perempuan,
Berpelukan.
Mesra. Manja.
Selesa.
Yang nyata, perempuan itu, bukan aku.

Kemudian aku terjaga.
Masih terbaring di atas katil,
Aku dengar;

Hujan lebat,
Angin bersiul menembusi tingkap aku.
Suasana muram.

Hati aku menjadi gelisah,
No matter how much I try to avoid it.

Aku mula menjadi cemburu,
No matter how much I try to hide it.

Pernah satu soalan ditujukan kepada aku,
"Do you believe in happy ending?"
Dan aku laju, menjawab, "Yes."

Tetapi,
Itu hanya jawapan ringkas aku.

Jawapan sebenar?

"Yes. But not, never, for me."

Oh well.

Nintendo Wii Boxing

5 minit dari sekarang
Aku akan berdiri di hadapan kau,
Menjerit, & juga mungkin melemparkan sedikit keganasan.

10 minit dari sekarang,
Jangan kau berani sentuhi aku.
Tetapi; jangan berani kau toleh tidak memandang aku.

45 minit dari sekarang,
Aku akan habis melepaskan segala kemarahan yang aku simpan selama ini,
Kepada kau, hanya kau.
Dan ingat, jangan kau dekati aku.

Akhirnya
1 jam dari sekarang,
Aku akan melangkah pergi,
Membaling kemenangan kepada kau.

Get the hell away from me.
Eh, no.
You don't even deserve to be in hell.

Okay, sudah.
Nintendo Wii Boxing dah habis dah 5 rounds.
Jom main game lain pula?

Superstitious

Aku sedang duduk termenung, melihat langit.
Mencari bintang.
Kosong.

Dia datang, duduk ditepi aku.
Aku pandang dia.

Jari-jemari dia mula mengusap rambut aku.
Sehelai bulu mata; gugur di pipi aku.

"Hey, ada orang rindu you." Dia bisik.

Aku gelak kecil.
Kepercayaan karut.

I mean, I'm logical.
Hanya percaya pada fakta.
Semua perkara mesti ada reasoning, based on knowledge.
Experiments.

Aku tidak faham;
Apa kaitan bulu mata aku yang gugur sendirinya,
Dengan kerinduan yang mula terbentuk di hati seseorang?

"You think too much." Dia mencelah.

Iya.
Dan hidup aku,
Penuh dengan harapan menggunung; yang dilukis oleh aku sendiri dan juga orang sekeliling aku,
Buat aku menjadi penat.
Penat untuk berfikir.

Tired to do any more reasoning.
Penat untuk ekperimen.
Tired to find knowledge.
Penat untuk percaya hanya pada fakta.

Jadi,
Jika aku pilih untuk pergi; mengabaikan segala kepercayaan yang aku pegang selama ini,

Ini kerana,
Aku terlalu penat.

Kita harus rehat, kan?