Tuesday, December 27, 2011

Ada Apa dengan Kurus?


***Gambar hiasan.

Aku tidak pernah jumpa dengan perempuan yang 100% berpuas hati dengan bentuk badan mereka.

Aku rasa, semua perempuan obses dengan bentuk badan mereka.

Yang gemuk, mahu kurus.
Yang kurus, mahu lebih kurus.
Yang lebih kurus, mahu lebih lebih kurus.
Yang betul-betul kurus (kurus kering?), mahu jadi kurus sederhana pula.

Ada-ada sahaja, bukan?

Sebagai kesimpulannya, semua perempuan mahu bentuk badan yang kurus - whether they want to admit it out loud or not.

Tetapi, kurus itu subjektif.
Maka level kurus mana yang setiap perempuan rasa sempurna buat diri beliau, maka itu lah kurus dalam definasi beliau.

Keinginan untuk kurus ini, adakah ia sejenis virus?

Adakah ia sebenarnya sebuah isu tersirat yang harus dipersoalkan atau kita sudah terima hakikat bahawa ia adalah 'normal' untuk setiap wanita untuk mahukan bentuk badan yang kurus?

Aku persoalkan isu kurus ini kerana rasa aku lebih suka perempuan berbadan montok kerana ia amat sedap untuk dipeluk, tetapi kerana aku adalah seorang perempuan dan aku tidak boleh memeluk diri sendiri tetapi cuma hanya melihat diri, maka aku juga mahu kurus, seperti perempuan lain.

Ajaib, bukan?
Virus ini.

No comments: